Nota Kesedaran Akhir Zaman
Ada satu waktu, kita tak perlu tahu pukul berapa matahari akan terbenam.
Kita cuma perlu pandang langit -- dan hati kita tahu: "Senja dah dekat."
Dalam hidup ni pun sama.
Kita tak perlu tahu tahun bila Dajjal akan muncul,
ataupun Imam Mahdi akan dibai'ah di Makkah,
ataupun bila turunnya Nabi Isa dari langit.
Kita cuma perlu pandang dunia hari ini -- dan jujur dengan hati:
"Speed dunia ni makin laju. Tapi jiwa kita makin layu."
Fitnah datang macam gelombang, tak sempat kita tahan satu, datang lagi yang kedua.
Lepas satu berita, datang berita lain, lepas satu perang jadi perang lain, dosa pulak, macam-macam -- semuanya berlaku dalam genggaman (Segala fitnah, berita, perang, hiburan, dosa — semua dah berada dalam tapak tangan kita. Literally.).
Tapi yang paling kita risau: Kita dah biasa dengan semua tu.
Kita dah tak rasa apa-apa.
Mungkin bukan kerana kita jahat.
Tapi sebab kita dah terlalu lama duduk dalam sistem yang menghapuskan rasa.
Sistem yang ajar kita cari duit, tapi bukan cari makna.
Sistem yang suruh kita percaya sains, tapi ragu dengan wahyu.
Sistem yang cakap kita bebas, tapi sebenarnya kita terpenjara dalam nafsu sendiri.
Tapi Allah Maha Penyayang.
Dia hantar tanda-tanda.
Bukan untuk takutkan, tapi untuk kejutkan.
Supaya kita Berhenti-Renung-Kembali.
Kita tak tahu berapa lama masa yang tinggal.
Tapi kita tahu satu benda: kita tak nak jadi orang yang lalai.
Kita tak nak jadi orang yang sibuk merancang masa depan dunia,
tapi lupa rancang masa depan akhirat.
Kita tak nak jadi orang yang tahu semua teori akhir zaman,
tapi tak pernah pun muhasabah diri untuk bersedia.
Sebab bila Mahdi muncul, dia bukan cari orang yang popular.
Dia cari orang yang bersedia.
Bila Dajjal datang, dia bukan tipu orang bodoh.
Dia tipu orang yang rasa dia cukup pandai.
Dan bila masa habis, kita takkan disoal berapa banyak kita tahu tentang fitnah akhir zaman -- kita akan ditanya, apa kita buat dengan hati kita... di saat dunia mula gelap.
Mungkin kita tak sempat tengok semua tanda-tanda besar.
Tapi kita semua akan lalui satu tanda yang pasti:
kiamat kecil, yakni... ajal kita sendiri.
Adakah kita dah bersedia — bila hari makin senja?
English Version
A Reflection on the Edge of the End